Tuesday, January 20, 2004
Angah sudah hilang daya nak mengangkat tangan. Mak sudah hilang suara menjerit. Kakngah langsung tidak mahu campur tangan. Aku sendiri sudah tidak mampu meminta ampun lagi. Perit dimuka tidak hilang akibat penampar angah. Aku tahu mak malu. Angah malu, Along malu, semua orang malu akibat perbuatan aku. Tapi aku tak bersalah. Aku tak terlibat. Semua berlaku akibat salah faham. Bunyi kereta jelas kedengaran. Angah cepat- cepat keluar. Mak menerpa ke arahku. Pantas batang tubuhku yang lesu dipeluk mak. Suara bising bising diluar jelas kudengar.
Tetamu mak tak dirai. Malah kehadirannya menambah benci mak. Mereka masuk dijemput penuh amarah oleh Angah. Nah! Lelaki itu. Lelaki itu berdiri di hadapanku.
"Maafkan saya, saya akan bertanggung jawab, Benarkan Yani menjadi isteri saya yang sah", perlahan suara itu kudengari.
"Memang kau patut bertanggung jawab. Kau dah rosakkan nama baik kami, keluarga kami, kau nak lari macam tu saja?” Angah mengherdik. Along cuma memerhati. “Cepat siap Yan, kita ke pejabat kadi. Petang ni kau berdua nikah," Angah menambah geram. Sakit hatinya belum hilang di tambah pula dengan ketenangan lelaki di hadapannya ini. Seolah menguji kesabarannya.
"Kita orang melayu, ada adat, kalau tak mahu buat adat yang sebenar, sekurang kurangnya biarlah di adakan majlis," kedengaran suara menyampuk. Angah berpaling.
"Pakcik boleh kata macam tu kerana anak pakcik lelaki, adik saya perempuan, malunya kami akibat perbuatan mereka nih lebih tertampar kepada kami sekeluarga. Itu namanya beradat? Entah entah pakcik nak bagi ruang bagi budak jantan tu lari dari sini?" Angah menyindir. Ayah pemuda itu terdiam mendengar kata Angah.
"Yan tak mahu kahwin dengan dia. Yan tak sanggup. Yan tak kenal dia, Yan tak mahu kawin," aku bersuara lemah. Sakit di bibir tetap tidak kebah. Aku bangun melangkah perlahan menuju bilik. Angah menggila mendengar kata ku. Tangan Angah naik kembali. Mujur ditahan pemuda itu. Mak sudah pantas memeluk ku.
"Saya akan kahwini Yani. Abang jangan pukul Yani lagi. Abah, saya akan kahwini Yani walau apapun terjadi," tegas pemuda itu. Aku membulatkan mata.
"Aku dah cakap, aku taknak kawin dengan kau. Aku tak kenal kau. Aku benci kau. Sebab kau semua ini terjadi. Aku tanak kawin ngan kau. Aku benci kau! Aku tanak kawin!" Aku sudah tidak dapat menahan sabar. Sebab dialah! Sebab dialah semua ini terjadi. Kalau bukan sebab dia, aku tak ditimpa aib. Kalau tak kerana dia, aku tak di pukul Angah.
Bilik ini seakan mengerti akan kesedihanku. Walaupun serba mewah, ia nampak muram. Seperti mana aku. Walaupun dibaluti pakaian cantik, masih tidak berseri. Aku mengimpikan sebuah perkahwinan yang meriah walaupun tidak gilang gemilang. Aku mengimpikan semua yang indah indah sewaktu majlis perkahwinanku. Tapi segalanya sudah berakhir. Impianku hanya tinggal impian. Azmi! nama itu telah tertulis menjadi suamiku. Bukan Faisal. Agh! Beratnya hukuman yang terpaksa kuterima. Maafkan aku, aku tak bersalah. Dia! Dia yang memerangkapku. Air mataku mengalir lagi.
Bilik pintu dikuak perlahan. Wajah lelaki itu tenang. Aku mengalih pandangan. Badanku beralih. Tak sudi ku lihat lelaki itu dihadapanku. Lelaki yang memusnahkan segala impianku. Maruahku dan hidupku.
"Yani, abang tahu, abang bersalah, tapi tak bolehkah Yani memaafkan abang? Menerima abang sebagai suami Yani seperti mana abang menerima Yani sebagai isteri abang," lembut suaranya. Namun belum cukup untuk melembutkan hatiku.
"Maaf? Setelah apa yang berlaku. Kau menghancurkan segala impianku, kehidupanku. Kini kau minta aku menerima kau sebagai suamiku. Lupakan. Aku tak mampu dan tak sanggup,"
"Hmm.. abang tahu Yani masih marah, abang faham. Kerana kesilapan abang, Yani terpaksa menghadapi aib. Tapi Yani juga perlu faham, abang juga merasakan tamparannya. Abang juga aib. Abang mengahwini Yani. Abang tak sanggup melihat Yani dibuang keluarga,”"
"Kahwin atau tidak, namaku sudah tercemar. Kau tak perlu kasihani aku, malah kau boleh menceraikan aku. Aku tak perlu dikasihani oleh orang seperti kau. Aku boleh hidup sendiri,"
"Cerai!?" Azmi seakan terkejut. Tidak terlintas difikirannya untuk menceraikan gadis itu. Biarpun perkahwinan itu tidak pernah terlintas di kotak fikirannya. Azmi cuma mengeleng kepala.
"Terpulanglah pada apa yang Yani fikirkan. Yani tidak punya pilihan selain menjadi isteri abang. Abang harap Yani akan belajar menyintai abang seperti mana abang cuba belajar menyintai Yani. Dan buat pengetahuan Yani, abang sama sekali tidak akan menceraikan Yani. Bagi abang, perkahwinan biarlah sekali seumur hidup, walaupun tidak dirancang, sekali abang berjabat tangan dengan abang Yani untuk menreima tanggung jawab berat itu, bermakna abang sudah menyerahkan kehidupan abang pada Yani. Yani fikirkanlah sebaiknya. Abang tidak memaksa, tapi jangan sampai abang bertidak sendiri," Azmi melangkah keluar. Aku hanya memandang siling. Air mataku tumpah lagi.
Malam jahanam itu masih berlingkar didalam kepalaku. Kepalaku diserang rasa sakit. Sedar- sedar aku sudah berada disebuah bilik. Kedengaran bunyi bising diluar. Sebaik sahaja melangkah, lelaki berkopiah putih itu meminta kad pengenalanku. Kelihatan seorang lelaki berpakaian kemas sedang di soal; dan orang itu adalah Azmi. Aku yang mulanya terpinga pinga mulai faham. Aku ditangkap khalwat bersama seorang pemuda yang tidak pernah kukenal. Kerana peristiwa itu aku menghuni lokap semalaman. Along yang menjaminku pagi itu. Kerana peristiwa itu aku di timpa aib, mak ditimpa aib, malah seluruh keluargaku ditimpa aib. Malah kerana peristiwa itu Faisal tidak lagi mempercayaiku malah meninggalkanku terus dari hidupnya. Kerana peristiwa itulah juga aku terpaksa mengahwini lelaki itu.
***
"Masih seperti itu, tidak berubah," aku seolah merungut.
"Hmm.. berat juga tugas kau ni Mi, Assignment bertajuk 'Mengorat Seorang Isteri' dan kalau berjaya.. BOOM!" Irman mengusik. Aku cuma tersenyum mendengar usikannya. Hanya Irman yang memahami keadaaku. Situasi yang aku alami. Malah, sedikit sebanyak, Irmanlah penyebab kami ditangkap khalwat dulu. Tapi aku tak boleh menyalahkan dia. Sewaktu melihat gadis itu rebah, Irmanlah yang sempat menyambar dan atas bantuanku juga, kami membawa Yani ke rumah Irman. Yang pasti Irman mempunyai seorang adik perempuan dan cukup selamat untuk di hantar ke situ. Namun sudah menjadi suratan, Salina meninggalkan nota menyatakan yang dia bermalam di rumah temannya. Yani ditumpangkan dibilik salina, Ketika itu juga Irman menerima panggilan yang Salina di timpa kemalangan kecil dan kerana itulah Irman meninggalkanku bersama sama Yani yang sedang nyenyak tidur. Tidak lama pemergiannya, rumah itu diserbu pegawai pencegah maksiat. Kejadian itu tidak pernah dapat diterangkan pada Iryani sepenuhnya. Malah Iryani tetap menyalahkan dan menuduh aku cuba memerangkapnya.
"Kau patut terangkan kedudukan sebenar pada Yani, Mi.. Kalau tidak, sampai bilapun dia takkan tahu dan tetap meyalahkan kau," Irman cuba memberi nasihat. Aku mengeleng kepala. Nak bercakap pun payah, apatah lagi nak berbincang. Fikirku.
Yani seboleh bolehnya melarikan diri dariku. Pergi kerja seawal mungkin dan pulang setelah lewat malam. Aku seolah lelaki bujang yang tak punya isteri. Makan minum dan pakaiku tidak diperdulikan. Bayangkan, kalau pakaianku pun tidak pernah disentuhnya. Kadangkala sengaja kuletakkan pakaian yang tak bergosok di tepi meja seterika dengan harapan dia akan menolongku, tapi langsung pakaianku tak di usik. Layanan batin tak perlulah kucerita, langsung tidak pernah. Kalau layanan zahir juga serupa itu, fikir sendirilah macam mana mahu mendekati gadis itu.
"Nanti dulu lah Man, Yani masih marah, bagilah dia masa, lagipun aku masih boleh bersabar dengan perangainya," aku menyabarkan Irman walaupun pada hakikatnya aku cuba menyabarkan hatiku sendiri.
"Dah 4 bulan Mi, kalau aku, hilang sabar dah, lagipun dah halal, hantam sajala labu. Yani tu pulak boleh tahan, dapat kau bersabar dengan perempuan macam tu? Dahlah duduk serumah. Tak terngiur ke kau? Atau kau tak punyai nafsu?" Irman seakan tidak puas hati. Aku cuma tersenyum. Maunya tidak. Yani boleh dikatakan cantik. Matanya redup. Alis lentik. Bibir merah merkah tanpa dicemari lipstik. Seolah merayu minta di kucup. Wajahnya bersih. Tidak jelita tapi menyejukkan mata. Rambutnya mengurai panjang. Hmm.. kalau tidak sabar, memang sudah lama Yani itu didekati. Yani boleh dipaksa kalau kumahu. Tapi itu bukan prinsipku. Aku mahu melakukannya dengan penuh rasa ikhlas. Penuh rasa cinta. Tapi bagaimana mahu aku pupukkan rasa cinta kalau Yani sendiri tidak mahu dicintai? Aku boleh menunggu, tapi sampai bila? Sebulan? Dua bulan? Atau setahun? Aghhh… lamanya….
Bintang dilangit di kira satu persatu. Aktiviti paling berkesan bagi menghilangkan kebosanan. Aku tersenyum sendiri. Sepatutnya waktu ini aku sudah lena diulit seorang isteri. Tapi aku masih di sini, mengira butiran bintang yang bersinar. Bintang yang kelam tetap kelam. Begitukah cerita rumah tangganya nanti. Seolah olah bintang malap yang tidak akan bersinar selamanya. Yani sudah tidur fikirku. Sebaik sahaja pulang dari pejabat, Yani langsung tidak menjengah muka. Kemudahan tandas yang ada di dalam bilik tidak memerlukan Yani keluar masuk berlegar di rumah. Hujung minggu dipenuhi dengan kerja lebih masa. Selagi boleh Yani berusaha melarikan diri.
Pernah aku cuba mengusik Yani dengan meminta setiausahaku menelefon kerumah. Kukira Yani akan menyoalku dengan riak cemburu, namun Yani seolah tidak punya perasaan. Dengan selamba dia menyampaikan pesan seperti mana di kehendaki Wirda. Bukan sekali dua Wirda menelefonku, acapkali. Setiap kali bertelefon mesti lama borak kami.. Kalau tidak lamapun, aku akan berpura pura lama walau pada hakikatnya Wirda sudah lama memutuskan talian. Wirda sendiri kehairanan melihat sikap Yani yang seakan tidak ada perasaan cemburu. Beberapa kali dia menyuarakan kehairanannya padaku. Namun itulah masalah yang perlu aku hadapi kini. Cinta Yani buatku seolah olah tidak akan tumbuh walau sekecil tunas.
Masuk bulan ke tujuh, saki baki kesabaranku masih bersisa. Yani pun sudah tidak banyak berurusan di luar rumah. Yani ku lihat berwajah pucat. Sesekali terserempak di dapur dia kelihatan letih. Tidak lagi pulang lewat dari pejabat. Setiap kali kutanya, jawapannya tetap sama, "Letih, banyak perkara perlu di fikirkan," Adakalanya aku risau melihat perubahan dirinya. Walau dia tak mengambil berat tentangku, dia masih seorang isteri yang telah aku nikahi. Perubahan padanya merisaukanku.
Pintu bilik Yani ku ketuk perlahan. Tiada jawapan. Kuperkuatkan ketukan, masih seperti tadi sedangkan aku yakin Yani ada di dalam. Dengan Peti televisyen yang berbunyi, aku begitu pasti Yani ada dibiliknya. Lagipun keretanya masih digaraj. Malah sebelum masuk tadipun aku perasan akan kasutnya. Tiada jawapan, aku diserang kebimbangan. Cepat cepat kukeluarkan kunci pendua, lantas pintu kubuka. Yani terbaring lesu dikatilnya. Televisyen yang terpasang kututup. Dia berkelubung di saat panas. Pendingin hawa tidak dipasang. Dahinya kusentuh. Panas. Perlahan ku gerakkan tubuhnya. Tiada tindak balas.
"Yani, bangun sayang, abang ada hal nak bincang dengan Yani nih," pujuk ku lagi. Yani masih tidak memberi respon. Aku jadi bimbang. Selimutnya kutarik. Kakinya sejuk bagai direndam air batu. Wajah Yani kuperhatikan. Baru kuperasan yang bibir Yani tidak lagi merah tapi seakan akan biru kehitaman. Sah! Dia sakit. Pantas badan Yani kucempung ke kereta.
Wajah Yani kutatap sepuas hati. Tidak tertanggung rasa rindu andai dia pergi dulu sebelumku. Nasib baik ketumbuhan dikepalanya tidak serius. Masih boleh dirawat. Yani tidak pernah memberitahuku tentang penyakitnya. Jangankan aku, malah ibunya sendiri tidak pernah tahu. Mahu matikah dia? sedangkan menurut Dr. Fazli, Yani sudah mengetahui tentang penyakitnya. Yani menerima rawatan dihospital itu semenjak sebulan yang lalu. Doktor yang merawatnya sudah acapkali menasihatkan supaya ketumbuhan itu dibuang tapi Yani tidak sesekali membenarkan. Sungguh sungguh! Mungkinkah Yani mahu berpisah denganku sehingga sanggup membiarkan penyakit berbahaya itu memakan dirinya. Kalau itu yang Yani inginkan, demi Allah aku tak akan merelakan.
"Baliklah kamu ke rumah Azmi, biar mak tunggukan Yani pulak, tak rehat langsung kamu dari semalam," emak menyuruhku. Aku hanya mampu mengeleng. Walaupun Yani sudah stabil, tapi aku tak mampu meninggalkannya. Dia isteriku.
"Betul tu Mi, baliklah dulu, kalau kau sakit nanti, susah. Sudahlah Yani terlantar begini, takkan kau nak mengikutnya pula," Angah menasihatiku lembut. Aku mengangguk perlahan. Berat tanganku melepaskan genggaman Yani. Semenjak pembedahan semalam, memang mataku tidak dapat kulelapkan. Perutku yang kosong kini kian berbunyi minta diisi.
"Ya Allah, selamatkanlah isteriku, sembuhkanlah dia dari sakitnya, jangan Kau benarkan dia meninggalkan aku tatkala aku benar benar memerlukanya," Doa kupanjat pada Ilahi.
***
Rasa letih tidak dapat kunafikan. Bukan sahaja letih, malah sakit kepala yang di tanggung rasa tidak tertahan lagi. Sudah berpuluh ubat ditelannya. Kesakitan itu masih tidak berkurang malah kurasakan makin bertambah.
"Yani ni kenapa? Abang tengok semenjak dua ini, Yani macam sakit saja"
"Letih, banyak perkara yang nak difikirkan," ringkas jawapannya. Yani tahu Azmi tidak puas hati. Tapi itu sahaja jawapan yang dirasakan agak sesuai buat lelaki seperti Azmi.
Sungguh keputusanku untuk bercerai dengannya tidak dipersrtujui. Nah! Apa lagi yang boleh kulakukan melainkan membiarkan dia dengan hidupnya dan aku dengan hidupku. Kini aku diuji pula dengan kesakitan ini. Ketumbuhan di kepala yang boleh menyebabkan barah. Punca kesakitanku selama ini. Fazli sudah acapkali menyuruhku membuangnya untuk mengelakkan maut menerpa. Aku menegah malah aku redha kalau Allah mahu mengambil nyawaku sepantas itu. Untuk apa lagi? Aku sendiri tidak mampu meneruskan hidupku yang selama ini tidak tahu hujung pangkal. Bukan aku tidak cuba melaluinya, tetapi aku tidak mampu. Untuk menyintai Azmi adalah suatu yg amat payah dilakukan.
Adakalanya aku cuba menghampiri lelaki itu ketika dia bersendirian mengira bintang. Tapi melihat wajahnya, aku jadi benci. Sedih. Memegang pakaianya menjadikan aku seperti jijik. Bukan tidak pernah aku cuba menyediakan makanan untuknya, tetapi cepat- cepat kuhabiskan sendiri supaya dia tidak boleh menjamah air tanganku. Sampai begitu marahku padanya. Tapi tak pernah aku melihat dia kecewa apatah lagi mengangkat suara padaku. Sedangkan aku sudah boleh dikira nusyuz. Tapi dia terus sabar. Benarkah baginya perkahwinan dalam hidupnya hanya sekali? Itu bukan masalahku. Berkahwinlah kerana aku tahu kau mampu. Kerana kau tak mungkin mampu meraih cinta dan kasihku.
"Walaupun kau sahabat baikku itu tak bermakna aku bersetuju dengan segala tindak tanduk kau Yan,"
"Aku tak perlukan persetujuan kau Azi. Ini hidup aku. Biar aku tentukan sendiri. Kau tahu, dalam hidupku, aku tak berpeluang menentukan arah tuju, sekarang berikan kesempatan itu padaku," aku seakan bertegas. Wajah Azida ku pandang tajam. Azida memang sahabatku, malah kuanggap dia sebagai saudaraku sendiri. Dia selama ini yang tahu penderitaanku. Jerit payahku.
"Mungkin kau seorang pegawai yang berkaliber dalam bekerja, tapi kau tak matang dalam hidup. Kenapa kau mesti menyeksa dia untuk kepuasan hati kau?" Azida semakin tidak puas hati.
"Sepertimana dia menyeksa hidup aku dan memusnahkan impian aku? Kalau untuk orang seperti itu aku perlu bersimpati, maafkan aku"
Bukan sekali dua Azida menasihatiku. Tapi hati ini begitu keras untuk menyambut nasihatnya. Kata- katanya tidak pernah salah, tapi aku sukar untuk menerima. Aku pernah cuba mendapatkan fasakh tapi tidak berjaya. Malah aku sanggup menebus talak. Tapi amaran emak membantutkan keinginanku. Baru sahaja aku diterima keluarga dan aku tidak sanggup kehilangan mereka lagi. Aku boleh kehilangan orang lain, tapi bukan emak yang membesarkan aku dengan susah payah.
"Yani, abang belikan rojak buah, abang letakkan atas meja, Yani makan nanti ya. Banyak jugak abang beli tadi," Azmi menegur. Aku sekadar mengangguk. Jarang benar teguranya aku jawab dengan perkataan. Kalau boleh, aku tak mahu mendengar suaranya langsung. Aku tahu azmi tentu sedar yang makanan itu pasti akan basi. Bukan sekali dua Azmi membeli makanan untukku. Tapi entah mengapa, sukar benar untukku menjamahnya. Hampir setahun kehidupanku masih begitu. Adakalanya kasihan. Tapi sebelum kasihan itu muncul dan kembang, perasaan benciku mula meluap kembali. Besar benarkah kesalahannya padaku? Agh! Memang besar dan jelas. Dia meranapkan impianku untuk hidup bersama lelaki yang kucintai. Dia juga perosak kebahagiaan keluargaku.
Deringan telefon menganggu petangku. Semenjak Azmi lewat pulang, aku mengurangkan kerja lebih masaku. Selalunya pun aku balik lewat hanya sekadar duduk duduk di pejabat dan selagi boleh mencari kerja.
"Hello, boleh saya bercakap dengan Azmi?"
"Maaf, En. Azmi masih belum pulang, ada apa apa pesanan yang perlu saya sampaikan?"
“Eh! Tak pulang lagi, Tadi saya minum petang dengan dia, dia kata nak balik rumah terus, lagipun malam ini kami ada janji temu,”
"Betul, tak pulang lagi, mungkin lewat, ada apa apa pesanan,"
"Kalau begitu, sampaikan pesan saya, malam nih macam biasa, jemput saya di rumah, jangan lewat, boleh ye?" lembut suara itu. Aku mengangguk laju. Agh! Dalam telefon masakan dia nampak akan anggukanku.
"Tumpang tanya, akak ni pembantu rumahnya?"
"Ha ah , ya.. baru mula kerja," Jawabku pantas.
"Saya Wirda, teman sekerja Azmi. Azmi tak bagitahu pun yang dia ambil orang gaji baru, tapi tak mengapalah, tolong sampaikan pesan saya ya?"
"Baiklah," . Telefon kuletak cermat. Hmm.. Wirda. Cantik nama itu. Lembut suaranya. Pasti cantik orangnya. Sesuai mungkin dengan Azmi. Pesanan Wirda kutulis kemas di atas kertas dan kutinggalkan di sisi telefon. Kalau Azmi itu tidak buta, pasti dia boleh nampak dengan jelas segala apa yang kutulis.
Kini Azmi semakin kerap menerima panggilan dari Wirda. Aku seolah merelakannya. Biarlah, lagipun Azmi punya hak untuk berkahwin lain dengan keadaanku yang sekarang ini mengabaikannya. Lagipun aku amat menyedari yang aku mungkin tidak akan lama lagi di sini. Aku sudah tidak betah lagi melakukan kerja yang banyak. Tidak lagi dibebankan dengan kerja. En. Ezham kerap benar menyuruhku mengambil cuti. Wajahku pucat katanya. Aku sekadar tersenyum. Kerap aku ke rumah emak tanpa pengetahuan Azmi. Emak sendiri menyuarakan kebimbangannya melihat perubahan anaknya ini. Dan apa yang pasti, aku akan tersenyum dan tetap menyatakan akibat keletihan ku bekerja.
"Iryani, jangan meneruskan kedegilan kamu, aku sanggup merawati penyakitmu asal sahaja kau bersetuju,"
"Fazli, kau doktor kan? Pasti kau tahu polisi seorang pakar perubatan. Tanpa persetujuan aku sebagai pesakit kau, kau tak boleh menjalankan apa- apa pembedahan ke atasku. Lagipun aku suka begini. Penyakit ini mengingatkan aku kepada kematian dan membuatkan aku lebih dekat pada Tuhan," aku suka mengusiknya.
"Iryani, aku tidak sekejam Faisal untuk melihat kau menderita. Walau apa pun yang terjadi antara kamu berdua, aku tak pernah membuangmu seperti yang lain lain. Kau boleh merahsiakan dari suamimu, keluargamu, dan semua orang. Tapi aku yakin yang kau tak mampu laluinya seorang diri Yani," doctor muda itu merenungku tajam. Aku menunduk. Aku akur akan kata- katanya. Hanya dia seorang rakan Faisal yang tidak membuangku. Yang tidak menghukumku. Malah mempercayaiku. Aku juga yakin yang aku tak mampu melalui kesakitan ini seorang diri. Tapi, aku lebih yakin yang aku tidak mampu melalui hidup yang penuh kebencian bersama suamiku sendiri.
"Kau tahu Yani?" Soal Fazli membuatkanku sedar kembali. Mataku bersinar meminta penjelasan.
“"Faisal sering memujimu dihadapanku. Malah sewaktu kau ditimpa musibah itu, dia tidak mampu membencimu walaupun dicuba segenap perasaannya, Kecantikan dan kelembutanmu menewaskan rasa benci itu, lantas dia pergi membawa diri. Jauh dari sini. Agh! Sudah banyak kali kunyatakan ini pada kau, aku rasa kau pun mulai hafal akan kata kata ini bukan?" Soal Fazli kembali. Aku mengangguk perlahan bersama senyum.
"Tapi kau perlu tahu satu perkara lagi Yani," aku kembali melihat wajah doctor muda itu.
"Aku pernah mencemburui Faisal kerana berjaya menambat hatimu, aku juga cemburu pada suamimu kerana berjaya memilikimu, tapi kerana cemburu itu juga memaksa aku untuk tidak membenarkan kau menanggung kesakitan yang kau alami ini,"
"Maksud kau Fazli?"
"Aku akan pastikan kau menjalani rawatan yang terbaik dan apa cara sekalipun, aku akan pastikan kau menjalani pembedahan dan maafkan aku kalau tiba satu ketika kau terpaksa memberi kebenaran itu,"
"kenapa?" soalku pantas.
"Aku tak sanggup kehilanganmu walaupun aku hanya dapat memilikimu sebagai seorang sahabat. Maaf Yani, aku perlu merawat pesakitku yang lain, kalau kau tak keberatan," kata- kata Fazli mengingatkan aku yang aku sudah lama di situ. Kutinggalkan Fazli dengan tugasnya. Aku tahu Fazli pernah menyukaiku. Tetapi kufikirkan perasaan itu lenyap setelah aku mendampingi rakan baiknya.
Pil penahan sakit kutelan payah. Sakit kepalaku menyerang lagi. Bibir ku kertap kuat. Cepat kutarik selimut. Sejuk benar kurasakan pagi ini. Pendingin hawa kumatikan suisnya. Perabot di dalam bilik seakan beterbangan dan menari nari. Mata terus kupejamkan. Sakitnya bisa mencengkam otak. Lantas aku merasakan yang aku hilang kewarasan.
"Ya Allah, selamatkanlah isteriku, sembuhkanlah dia dari sakitnya, jangan Kau benarkan dia meninggalkan aku tatkala aku benar benar memerlukanya," suara itu kudengar samar. Terasa tanganku digenggam kemas.
"Bangunlah Yani, andainya perpisahan yang kau pinta dari abang, abang rela melepaskan mu, tapi bukan perpisahan sebegini, bangunlah sayang," Semakin jelas kedengaran. Pandanganku disilaui cahaya lampu. Kelihatan Azmi disisiku mempamerkan kegembiraan. Kepala ku masih terasa kengiluan. Sakit. Tangan Azmi masih menggenggam erat tanganku. Wajah wajah yang kukenali berada disisi.
"Pn. Iryani, masih ingat janji saya? Dan kini saya sudah melunasinya, tahniah En. Azmi, isteri encik sudah sedar dan keadaannya stabil. Cuma, kalau boleh, berikan dia rehat yang secukupnya," kata- kata Fazli membuatkan aku tersenyum. Teringat pada janjinya yang akan merawat aku dengan sebaiknya.
Wajah Azmi sedikit cengkung. Terpancar jelas wajah seorang yang keletihan. Aku pasti dia berada disisiku selama aku di sini. Menurut Fazli, Azmi tidak pernah meninggalkan aku dalam jangka waktu yang lama. Besar pengobanannya buatku. Meninggalkan kerjanya semata mata untuk menjagaku. Aku sudah tidak mampu membencinya lagi. Kesungguhannya melenyapkan amarahku. Pengorbanannya menyedarkan ku. Tangan Azmi kuraih perlahan ke dalam genggaman. Azmi tersentak. Aku tahu dia terkejut dengan tindakanku.
"Azmi, aku tak mampu membencimu lagi, kalau ada ruang buatku, kalau ada kemaafanmu untukku, berilah aku peluang untuk menyintaimu," keegoanku runtuh bersama sebuah penyesalan. Aku tahu tak guna membenci seorang suami sebaiknya. Walaupun pertemuan kami tak pernah kuundang, aku tidak mahukan sebuah perpisahan kerana aku sedar aku adalah orang yang paling rugi kalau aku kehilangannya.
"Abang sayang," Azmi membetulkan. Tanganku dikucup lembut.
"Maafkan Yani abang, Yani berdosa pada abang, Maafkan Yani," Aku tidak lagi mampu menahan penyesalan. Pada Azmi kuserahkan segalanya kini. Diriku dan kehidupanku.
***
"Agaknya waktu operation dulu, doctor buangkan sel sel yang benci pada aku kot?" gurauku pada Irman.
"Mungkin lah kot, tapi baguslah tu, bahagia nampaknya kamu berdua. Senanglah kau sekarang, tak lagi makan nasi bungkus. Tidur malam pun sudah ada orang ulitkan. Wirda pun tak payah buat kerja tambahan," Irman kembali mengusik. Aku melepaskan tawa besar.
"Kau bila lagi dengannya? Wirda tu walaupun tak secantik mana, tapi manja dia tu boleh cair lelaki,"
"Aku nak cepat, Wirda yang tak mahu, kalau aku nak jugak, dia suruh tunggu adiknya habis belajar, bukannya tunggu dia, tunggu adiknya, Nasib pulak adiknya lelaki. Kalau tak mau timbul salah faham orang tua aku," Irman seakan mengeluh.
"Ya la, Wirda anak sulung, tanggung jawab dia berat pada si Zahid. Kalau tak dia yang menanggung siapa lagi?" soalku kembali.
"Kalau dah adik dia, jadi adik aku lah jugak, takkan aku nak biar jek adik aku terkapai kapai, Salina tu dulu aku jugak yang bela, sekarang nih dia pun dah habis, Cuma Wirda tu saja yang tak mahu. Tak paham betul aku orang perempuan ni,"
"Hmm.. betul, payah nak faham perempuan ni, aku tak sangka aku dapat layanan dari Yani seperti sekarang. Kalau dulu nak dengar dia bersuara pun payah. Sekarang ni, memanjang merengek saja kerja dia,"
"Tuah badan kau Azmi, dulu sengsara, sekarang ini, bahagia, aku ni entah bila lagi," Irman mengeluh lagi. Aku Cuma tersenyum. Teringat akan layanan Yani padaku. Indah rupanya alam perkahwinan ini.
"Kalau boleh abang tak mahu anak lagi dalam masa terdekat ni, abang tak puas lagi bermanja dengan Yani. Abang nak Yani ganti hutang Yani yang dulu dengan abang," usikku pada Yani. Yani tersenyum malu. Wajahnya mula kemerahan.
"Abang suka tengok Yani blushing. Mengingatkan abang malam pertama kali kita bersama," aku semakin galak mengusik. Wajah Yani makin merona merah. Cepat- cepat dia melindungi wajahnya dengan lengan baju tidurku. Tubuh kecil itu kuraih dalam pelukan. Bibir yang pernah kuidam suatu ketika dulu kukucup lembut. Segala galanya sudah mutlak menjadi milikku. Tiada lagi resah, tiada lagi gusar. Bukan sahaja tubuhnya, malah cinta dan kehidupannya adalah milikku kini. Kerana itu juga aku membayar dengan harga yang sama. Ubun ubunnya kucium. Dengan lafaz Bismillah dan sedikit potongan doa, Yani kudekati buat kesekian kalinya.
"Ya Allah, rahmatilah keluarga yang baru kubina, bahagiakanlah kami, terangilah hidup kami seperti sinar bintang di langit yang gemerlap cahayanya."
salina
31 Ogos 2002

Saturday, January 17, 2004
"MEKAR KASIH"
siapkan diri kamu
kau harus beredar
berenang atau tenggelam
kau harus sampai keseberang
senja itu indah
tapi perlu kau abaikan
harus kau sampai sebelum malam
walaupun aku bakal kau tinggalkan
sirna aku dalam kegelapan
kata katanya aku
memorinya kamu
rindunya suatu
sayang kita bersatu
benci merundum
lalu gugur satu persatu
kata yang benar
manis bercampur madu
boleh kau beritahuku
apa itu?
tidak mengapa
kerna aku tahu
aku rindu padamu
salina
19 Ogos 2002
siapkan diri kamu
kau harus beredar
berenang atau tenggelam
kau harus sampai keseberang
senja itu indah
tapi perlu kau abaikan
harus kau sampai sebelum malam
walaupun aku bakal kau tinggalkan
sirna aku dalam kegelapan
kata katanya aku
memorinya kamu
rindunya suatu
sayang kita bersatu
benci merundum
lalu gugur satu persatu
kata yang benar
manis bercampur madu
boleh kau beritahuku
apa itu?
tidak mengapa
kerna aku tahu
aku rindu padamu
salina
19 Ogos 2002
Wednesday, January 07, 2004
"SEPETANG DI ZOO NEGARA"
Pada hari ahad yg lalu saya telah melawat Zoo Negara yang terletak di Lembah Keramat. Saya pergi menaiki kereta. Di Zoo Negara saya perlu membeli tiket masuk yang berharga RM9.00. Di pintu masuk, saya telah membeli dua batang wisel yang berbunyi nyaring apabila di tiup.
Di Zoo Negara, saya dapat menyaksikan berbagai – bagai spesies binatang. Antaranya, gajah, kuda, zirafah, harimau dan kaldai. Binatang yang paling menarik perhatian saya ialah seekor beruang hitam yang besar tetapi sangat comel. Beruang itu telah saya berikan nama "Papa Bear". Papa Bear kelihatan sangat jinak di dalam kurungannya. Walaupun saya suka melihat Papa Bear, tetapi saya sangat kasihan melihatnya yang kelihatan tidak bebas. Dapat saya bayangkan betapa bagusnya jika Papa Bear memeluk saya ketika saya ketakutan apabila tidur di waktu malam. Kami meninggalkan Papa Bear ketika Papa Bear merehatkan badannya di kolam.
Kemudian, kami pergi ke "Ape Center" tetapi tidak dibenarkan masuk kerana hari telah lewat petang. Walaupun agak kecewa, saya dan abang saya meneruskan lawatan ke tempat lain. Setelah penat berjalan mengelilingi zoo, kami telah menaiki keretapi mini yang di sediakan untuk para pengunjung. Pada pukul 6.15 petang, kami mengakhiri lawatan dan menunaikan solat di surau yang terdapat di dalam kawasan zoo tersebut.
Saya berasa sungguh gembira kerana berpeluang melihat keletah binatang- binatang yang terdapat di dalam zoo tersebut. Saya bercadang untuk kembali ke Zoo Negara pada suatu hari nanti. Mungkin 20 tahun 11 bulan akan datang, sama seperti mana umur pertama kali saya menjejakkan kaki ke Zoo Negara.
***
Hahaha, pertama kali aku menjejakkan kaki ke zoo negara ketika aku beumur 20 tahun 11 bulan. Kat sana. yg ramainya adalah famili yang ada anak2 kecik dan comel2.. Aku rasa cam nak kidnap bebudak tuh dan simpan kat umah aku.. yang bukan family pun adalah sorang dua tersesat.. yang bercintalah kot.. tapi tataulah kalau depa pi ngan kawan dia macam aku ngan marzuki.
aku dah lama ajak bebudak nih, tapi peluang tade. Tapi hari tuh mimpi apa marzuki ajak pi..(time tuh die free kot) aku terus agree jek.. lagipun zoo tuh depan umah die jek..aku mintak izin awak aku.. nak pi ngan pakcik tu.. awak aku kata.. pi la... hehehhe.. zoo.. i'm comin!!!!
Dlm banyak2 binatang tuh.. aku jatuh cinta kat dua ekor binatang.. satu baboon.. dan satu lagi bear gedabak.. Aku bagi nama dia papa bear.. huhuh.. gile comei.. kalau lah dia boleh aku bawak balik.. mesti aku sayang dia gegila.. aku bawak mandi sama. tido sesama.. bear nih lagi besar dari aku. Bila aku takut nak tido malam, dia boleh peluk aku.. bila aku sedih, papa bear calm kan aku.. kalau awak aku buat jahat ngan aku.. papa bear boleh flying kick dia..huhuu.. nak papa bear..
marzuki malas kot nak layan perangai aku.. hahha.. nak buat canne.. dah kawan die yang sorang nih jakun.. tak pernah pi zoo.. aku rasa.. mesti die nak jalan jejauh dari aku..sbb aku perasan.. ada masa dia cam jalan belakang.. hahahha.. ampunnn bang.. :p, tapi aku peduli apa.. yang aku tau.. aku rasa sgt.. yang zoo tuh full of fun.. lot of fun.. fun.. fun.. and fun..dan aku tanak rosakkan image fun zoo tuh dengan muka bersalah kat pakcik tuh..
time jalan tuh mmg tak ingat penat ke.. lenguh ke.. apa ke.. sabar jek marzuki ikut kerenah aku.. aku tau dia bosan.. banyak gile die merokok.. tapi cannot help ma.. aku... kalau dah eksaited.. mintak maapla.. lagipun.. entah bila lagi aku dapat datang ke situ.. so.. ada peluang nih.. aku tibai cukup cukup...
bile dah masuk lam kereta time nak balik.. baru aku rasa.. penat.. penat.. dan penat.. nasib baik bukan aku yg drive.. pacik tuh lagi yg jadi mangsa aku.. ahhahahha.. ampun sekali lagi.. aku nekad.. yg aku nak pi sekali lagi kat zoo tuh.. sbb aku tak puas hati tak dapat masuk kat kawasan kengkawan aku yg berekor gayut gayut tuh.. :(
salina
14 Okt 2002

Monday, January 05, 2004
"SEBUAH NOSTALGIA LAMA"
23/2/2002
Dia balik aku tidak jemput di klia.. sebabnya senang sahaja.. maaf, awak balik hari raya.. saya di kampung.. saya tak boleh jemput.. dia kata tak apa.. saya paham.. habis satu cerita
Bila aku balik ke hostel, aku harap yang dia akan pelawa aku untuk berjumpa, dan yang pastinya die tak buat pun… aku plak yang tebal muka ajak dia keluar.. kat situ aku dah sedikit kecik ati.. tapi.. bila aku jumpa dia, aku terkejut, die bagi aku cd ‘speed’ yang aku gile cari di mesia.. dan waktu tu aku realize dia pun ada keinginan nak berjumpa aku.. kalau tak.. buat apa die belikan aku kan?
22/3/2002
die balik ke sana.. ada tanggungjawab yg besar yang die kena tunaikan.. tak pe.. aku redha.. redha tak redha.. kenalah jugak kan? No choice..
Balik tak berjemput.. pulang juga tak berhantar.. aku tak dapat nak hantar die pergi.. flight die pukul 11.00 malam... dan aku pulak gile menyiapkan project final second year aku.. tapi aku paksa siapkan
Hakikat, mmg sangat aku kecil ati kat mamat tu bila die tinggalkan aku, langsung die tak ucapkan selamat tinggal. sedih tak payah kire la.. die pergi.. menoleh pun tidak.. menonong jek.. tercongoklah aku kat stesen bas tu tengok die pergi, air mata aku sedikit mengalir gak arr.. tapi nasib baik hujan.. lagipun.. metrojaya kat kl, kau buat apa pun bukannya orang peduli pun.. ko nak meraung tengah dunia pun tade sape kisah.. naik jek bas dengar lagu sarimah, kini kau tiada… nak marah kat drebar bas tuh rasa macam gile plak.. mana boleh.. die bukan ada kene mengena ngan aku atau cicak aku..
sampai jek kat bilik, aku perhatikan pemberian die.. dan aku terpk, adakah aku bakal menerima lagi pemberian yg serupa dari die bila die kembali ke mesia? masih ada kasih die buat aku atau hilang macam tu je sebaik saja kaki die melangkah pesawat ke sana? ada lagikah sayang die buat aku atau seperti gugurnya sakura di bumi kanazawa? Semua buat otak aku berpikir, bile jauh2 nih.. macam2 benda boleh jadi, tambahan lagi bile dedua belum ada arah tujuan yang betul..
salina
7 Ogos 2002

Sunday, January 04, 2004
"AWAK, KITA NAK CINTA"
Awak
Kelmarin kite jatuh pokok nangka
Semalam dengan bengkak kaki
Kite jatuh tangga
Hari ni, dengan bengkak hati
Kite jatuh cinta
Awak
Pusing kiri golek kanan
Otak pun dah menerawang
Cari di mana diamnya cinta
Tapi tak jumpa
Agaknya cicir bawah tangga
Tak apa, esok cari balik
Dia tak pegi jauh
Cuma menyorok
Awak
Macam mana rupa cinta?
Ada macam gula gula manisnya?
Atau macam bijik langsat pahitnya?
Mungkin juga secantik kuntuman bunga
Persis katak menggerutukah hodohnya?
Mahupun lagak badut seronoknya
Oh tak! Persis limau mandarin tak menjadi, masamnya
Maknanya, dalam cinta semua perisa ada?
Awak
Bagi kite cinta
Macam orang lain juga
Jualkan kepada kite cinta
seperti amoi jual bunga
Hulurkan kite cinta
Persis postman letak surat di bekasnya
Wei!! Bagilah cinta tu kat aku
Aku nak bercinta gak :þ
salina
15 Feb 2002

Saturday, January 03, 2004
"SEMALAM"
Semalam
Mak kata
kalau mahu berjaya
belajar rajin rajin
Sebab Mak tak ada harta pusaka
Nak di wariskan
Semalam
Ayah kata
cari ilmu banyak banyak
biar melimpah ruah tak mengapa
biar tamak tak ada salahnya
Semalam
Tok Wan kata
tak ada akal
Kita tak di pandang orang
Kita tak di peduli orang
Semalam
Tok aki kata
Jangan hanya pandai berbicara
kalau langkah tak mampu nak laksana
Semalam
Cikgu kata
padi dan lalang jauhnya nampak sama
tapi sifat jauh berbeza
kalau nak berjaya
jangan lupa diri
jgn ikut resmi lalang
Di tiup angin ikut kemana pergi
Tapi ikut resmi padi
Merunduk tak meninggi diri tapi berisi
Tapi hari ini
kau lupa kata mak
kau lupa kata ayah
kau lupa kata semua
hanya kerana benda jahanam seakan tepung
putihnya nampak suci tetapi hakikatnya keji
hari ini kau di jerajak besi
menanti hari hari akhirmu
dengan penuh derita seorang penagih
kau gagal hari ini kerana kau lupa semalam
salina
30 sept 2001

Friday, January 02, 2004
"JIMAN"
Jiman tersengih- sengih macam kerang busuk. Air liunya berjejer- jejer di tepi mulut. Baginya itulah senyuman paling manis yang di hulurkan buat Shidah, anak Mak Ngah Faridah. Shidah membalas senyuman Jiman, ikhlas dan sopan. Terkinja- kinja Jiman kesukaan. Bagi Jiman, itu sudah memadai. Dia tidak perlukan apa- apa dari Shidah, cukup dengan senyuman ikhlas. Jiman akan kenang sampai pagi esok sebelum melihat Shidah buat kesekian kalinya.
"Hoi Bangang! Dah tak ada lagi ke bumi Tuhan ni kau nak bawa lembu kau tu jalan? Apa di tengah dunia ini juga kau nak heret?" Herdikan Siah dari dalam kereta Wira kelabu itu menghentikan tawa Jiman. Namun senyuman masih lekat di bibirnya.
"Hoi Bangang, ke tepila.. aku nak jalan!" Jerit Siah lagi.
"A.. aku bu.. bukan b..ba..bangang, n..na..nama aku Jiman," Jiman menjawab lurus. Lembunya di tarik ke tepi. Siah mengerling tajam kegeraman.
"Dahlah gagap, bodoh, ada hati nak menjawab lagi tu! Woi.. lain kali tarik lembu kau ikut denai sana. Ini jalan untuk kereta, bukan untuk lembu," Siah menjawab laju. Keras suaranya. Jiman mengangguk faham. Tersengih- sengih melihat kereta Siah berlalu. Bilakah agaknya Jiman merasa bersandar di dalamnya sepereti Siah? "Vroom... vrrrooommm......." Jiman menggayakan lagak Siah. Air liurnya di seka keras.
Jiman tidak peduli Siah. Jiman lebih suka pada Shidah. Shidah baik, selalu senyum. Tidak macam Siah, tidak macam Melah. Melah cantik juga. Lagi cantik dari Shidah. Tapi Melah jahat. Dulu Melah pernah siram Jiman dengan air panas. Jiman ingat lagi. Hampir seminggu Jiman terlantar di atas tikar mengkuang. Habis melecur pipi dan badan Jeman. Tiap- tiap hari mak lap badan Jiman, sapukan ubat. Jiman sakit. Menangis, merayu pada mak, tapi mak tak peduli, mak lap juga, mak sapu ubat juga. Emak nangis, Jiman pun nagis juga. Lagi kuat.
Atan, Jiman sudah tambat di kandang. Jiman menuju ke tangga. Air di tempayan sudah kontang. Lekas- lekas Jiman capai baldi menuju ke perigi. Jiman tahu, nanti balik, emak akan basuh kaki di tempayan. Terkial-kial Jiman menggunakan tangannya yang bengkok untuk menceduk air. Tapi itu bukan lagi masalah buat Jiman. Alah bisa tegal biasa. Selesai kerja, Jiman duduk di tangga. Langkah mak yang pendek- pendek di perhatikan Jiman. Semput- semput mak berjalan. Amat perlahan. Hari ini mak tak bawa beban atas kepala. Maknanya esok Jiman tak perlu tolong mak memberus kain di perigi. Jiman amat seronok. Tidak perlu kerja. Tidak perlu bangun pagi. Seronoknya Jiman.
Timah memerhatikan Jiman penuh sayu. 26 tahun lamanya dia membela Jiman. Bukan suatu jangka masa yang singkat. Setengah usianya di habiskan bersama Jiman. Kepala Jiman yang terlentok di pehanya di usap perlahan. Air liur Jiman membasahi kain batiknya. Tapi Timah tidak geli. Tidak jijik. Dulu Jiman tidak begitu. Jiman macam kanak kanak lain, sihat. Ramai kawan- kawan. Segala- galanya berpunca dari demam panas. Jiman hilang zaman ceria kanak- kanak. Kawan- kawannya menghilangkan diri. Jiman dikatakan bebal, dungu, bengap. Melah yang dahulu baik dengan Jiman juga mengusir Jiman. Ingat sangat dalam otaknya bagaimana Melah memukul Jiman dengan penyapu lidi. Berbirat belakang Jiman, bengkak kepalanya di baling pangkal penyapu. Melah itu nama sahaja perempuan, jahatnya pada Jiman mengalahkan anak jantan.
Masih jelas dalam kepala tua Timah bangaimana Siah menolak Jiman masuk ke dalam parit dalam. Terkapai- kapai Jiman dalam selut. Orang lain tidak membantu. Malah mentertawakannya. Jiman meraung- raung di dalam tidak siapa peduli. Jiman pula di katakan bodoh. Kalau mereka pandai kenapa Jiman tidak di selamatkan. Timah menyeka air mata. Bukan sekali, malah beribu, berjuta kali kolam matanya banjir mengenangkan Jiman. Timah takut sendiri. Usianya bukan muda lagi. Entah esok- entah lusa, nyawanya di panggil Ilahi. Bagaimana dengan Jiman? Siapa yang akan menjaga makan pakai Jiman? Sekarang, dia masih ada, esok lusa? Kebimbangan itulah yang menghantui hari- hari tuanya.
***
"Abang Jiman, jangan bawak lembu tengah jalan, nanti kereta langgar anaknya," tegur Shidah lembut. Jiman ketawa senang hati. Kepalanya di angguk perlahan. "Bawak ikut jalan sana tu," tambah Shidah lagi. Jiman mengangguk lagi. Atan, dan Minah, jiman tarik kuat- kuat. Biar cepat sampai denai. Jiman, kalau Shidah yang suruh, cepat sungguh dia bergerak. Jiman senang hati kalau yang bekata itu Shidah. Walau Shidah masih anak , Jiman tetap turut.
Jiman menghantar lembunya di tepi sawah. Biar mudah Atan dan Minah nak makan. Jiman pandang Atan, pandang Minah. Pandang Piah. Jiman cukup seronok. Jjiman seronok tengok Piah. Piah ada keluarga. Piah ada Atan, ada Minah. Jiman Cuma ade mak. Jiman tak ada ayah macam Piah. Jiman rasa Piah lagi untung darinya. Sesekali Piah menggesel- gesel kepalanya di leher Atan. Bertuahnya Piah. Piah boleh bermanja dengan mak dan ayah. Tapi Jiman tidak. Air mata Jiman tiba- tiba tumpah. Jiman seka dengan hujung lengan baju. Jiman pun ada perasaan. Jiman sedar dirinya bodoh. Bengal. Tapi Jiman tahu nilai kasih sayang. Jiman tahu nilai kemesraan. Jiman tidak pernah nampak Piah di marah oleh kawan- kawannya. Tidak penah sekalipun. Atan dan Minah cukup sayang pada Piah. Jiman pun sayang juga. Sebab itu Jiman jaga mereka baik baik. Bagi mereka makan, minum. Belakan kandang mereka bersih bersih.
Kakinya di hayun laju. Emak... perut Jiman lapar. Jiman mahu makan. Pasti hari ini mak masak nasi putih. Lauk ikan bilis. Wah.. kecur air liurnya. Jiman melangkah lagi laju. Jiman nak makan sambal ikan bilis. Semalam Jiman nampak mak bawak ikan bilis dengan pucuk paku. Pasti sedap.
"Kalau bukan lembu- lmbu kau siapa lagi Timah. Percaya benar kau beri si bebal tu jaga lembu- lembu tu. Dahlah menjahanamkan halaman rumah aku, taiknya bersepah sana- sini!" jengkel saja bunyi suara Mak munah di telinga Jiman. Jiman memandang mak penuh tanda tanya.
"Mana kau tambat Atan, Jiman?" soal Timah lembut. Jiman menunding jari ke tengah sawah. Jiman melangkah memanjat anak tangga. Perutnya lapar.
"Hoi mangkuk! Belum abis lagi, sayur- sayur belakang rumah aku tuh siapa nak bayar gantinya? Dah abis di kerjakan lembu kesayangan kau tuh!" Munah bersuara garang. Timah terdiam
"Dah Jiman kata tadikan Munah… Atan, jiman tambat di sawah sana, macam mana boleh dia ke rumah kamu? Apa- apa pun bagilah anak aku makan dulu, penat dia menarik lembu," Timah menyanggah dalam lembut. Gila apa Munah menuduh lembunya yang di sawah mengerjakan tanamannya. Bukan dia tidak kenal Munah. Kaya yang menindas orang lain.
"Kalau kau tak mahu bayar ganti rugi Timah, aku adukan pada ketua kampung, susah sangat, biar dia saja yang halau korang anak beranak dari kampung ini, tanah ini dulu pun, kalau bukan sebab laki aku. Kau tak merasa Timah,"
"Jangan nak kaitkan tanah pulak Munah, Ini abang Zaki yang usahakan, laki kau cuma membantu," Timah sudah berpaling. Bertekak dengan Munah memang tidak akan menang. Dari dulu lagi, itulah modal Munah. Tanah yang sekangkang kera inilah juga yang mahu di rebutkan.
"Ei Sial! Turun kau, mencekik aje kau tau, sayur aku tu pergi tengok!" Munah menjerit kasar.
"Munah, bukan anak aku yang sial, anak kau si Siah tu yang sial, belum nikah dah beranak. Jamal tu yang sial, merengkok dalam jail, khalid tuh yang sial, jadi penagih kutu rayau, kalau kau sayang mulut kau Munah, baik kau balik sebelum aku suruh si Jiman yang bebal tuh hayun kau dengan parang," lembut Timah sudah hilang. Pantang benar anaknya Jiman di kata sial. Si sial itulah buah hati pengarang jantungnya. Munah berundur setapak. Takut jua dia ugutan Timah. Jiman di atas sudah tidak peduli apa- apa lagi. Sambal ikan bilis mak terlalu sedap untuk di tinggalkan.
***
"Wargh!! Wargh!!!! Uuuu!!! Uuuuu!!" Suara Jiman menjerit jerit lain benar pagi itu. Timah mengintai dari pintu. Jiman menuju dapur dan mencapai parang takik. Timah kehairanan. Marah benar nampaknya Jiman. Jiman melompat anak tangga. Menghilang di balik seman samun.
"Timah! Timah, Jiman mengamuk. Bawak parang dia ke hulu ke hilir mencari si Judin," adu Faridah cemas. Timah membeliakkan biji mata.
"Atan, ekornya di tetak si Judin, lembu betina yang kecik tu pulak mati kat tepi sawah nun. Shidah yang bagitahu aku tadi," Timah terduduk. Terkesima dia di situ. Apalah salah si Jiman sampaikan binatang itu pula jadi mangsa.
"Baik kau pergi sabarkan Timah, karang ada yang jadi mayat nanti. Ke 'dalam' pula si Jiman,"
"Shidah mana?"
"Shidah sudah menurut Jiman. Cepat Timah," Faridah sudah memimpin tangan Timah. Terkedek- kedek mereka menjejak Jiman yang entah kemana hilangnya.
Peristiwa lembu Jiman sudah mulai di lupai orang. Biarpun baru seminggu tapi orang kampung tidak mahu berbicara lagi. Hanya Jiman yang saban hari meratapi kematian Piah. Timah bersyukur banyak banyak. Kalau tidak kerana Shidah, Judin hampir di tebas kepala dek si Jiman. Sayang bebenar Jiman pada Atan dan Piah. Judin pula satu hal, benda kecil pun hendak di perbesarkan. Sudah tahu akan perangai si Jiman yang bodoh bodoh alang, di usik pula. Bila Jiman melawan, hendak dimarah. Berdendam pula.
"K...ke...kesian Atan, t...tttaakk... ada ekor l...llaa...lagi. B...bu.. buruk," Jiman menghalau langau yang mengerumuni bekas luka Atan. Shidah memandang sayu.
"J...j...Ji...Jiman r...rriindu Piah. Piah dah mati, Jiman t...t...tak ada k...kawan lagi," adu Jiman pada Shidah. Air mata Jiman mengalir lagi.
"Abang Jimankan masih ada Shidah, abang janganlah sedih, nanti lama- lama nanti ekor Atan tumbuh balik, panjang..." Shidah cuba memujuk.
"Minah nanti boleh beranak lagi, abang boleh dapat Piah yang baru,"
"P... Piah c...ccu...cuma ada satu. L...le..lepas ni, t...ttaakde Pppiah," sanggah Jiman. Jiman pandang muka Shidah. Muka Shidah tak manis macam dulu. Nampak sedih macam Jiman juga.
Satu demi satu anak tangga di pijak Timah. 'Prak!' Bunyi kayu reput di sambut dengan jeritan perempuan tua. Suasana kembali sunyi. Seperti tiada apa yang berlaku. Tubuh tua Timah terkulai di bawah anak tangga. Jiman masih di tepi sawah bersama Shidah dan lembu lembunya.
Kisah Timah jatuh tangga sudah tersebar seluruh kampung. Nasib baik kebetulan Faridah datang kerumah. Susah payah orang tua itu mengangkat tubuh Timah yang agak berisi. Sudah ramai yang datang melawat. Jiman kehairanan. Mak di kerumuni orang kampung. Barang di dapur bertambah. Semua nampak sedap. Shidah kata mak sakit. Sebab itulah mak tak boleh bangun. Timah nampaknya seakan nazak benar. Orang kampung berkira- kira mahu membacakan Yassin. Jiman cukup seronok. Tak pernah rumahnya di datangi orang ramai begitu. Biarpun kasihan melihat mak tapi Jiman seronok. Ada orang bawakan makanan, banyak dan sedap sedap. Ada orang mengaji silih berganti.
Namun begitu Jiman masih seperti biasa, meninggalkan mak untuk membawa lembu lembunya ke tepi sawah. Balik setelah pasti Atan dan Minah kenyang. Orang di rumah masih ada. Tapi Jiman tidak peduli. Siap mengandangkan Atan, Jiman akan naik dan duduk sebelah mak. Mak Dah dan Shidah juga ada. Setiap hari mereka datang. Jiman seronok. Timah menanggung sendu. Jika dia mati hari ini, bagaimana dengan Jiman? Sanggupkan Faridah menjaga Jiman? Bagaimana makan dan pakai Jiman? Timah takut sekali. Saat kematiannya hampir tiba. Tapi Jiman tetap tidak tahu. Jiman Cuma tahu seronok melihat gelagat orang yang datang ke rumahnya.
"M... makk... J..ji... jiman ppi baruh, a...ambil air, nn...nanti oo...oo...orang nak basuh kaki. S...Shidah pun b..bb..bboleh bb..bbasuh kaki," Jiman memandang mak. Timah hanya mampu memandang. Entah kenapa sayu sangat pandangan kali ini buat Jiman. Mungkinkah ini hari terakhirnya dia melihat Jiman. Badannya tidak sekebas dulu lagi. Namun masih tidak mampu di gerakkan. Timah seakan tidak mahu membenarkan Jiman pergi. Dia mahu Jiman ada di situ. Berada di sisi. Setiap detik terakhirnya tidak mahu di sia siakan. Dia mahu melihat Jiman puas puas sebelum matanya di tutup. Namun Jiman sudah hilang dari pandangan.
***
"Aku sangkakan aku yang pergi dulu Dah. Aku yang nazak benar. Rupanya Jiman yang ke 'sana' mengikut ayahnya," sayu suara Timah. Masih kuat bau kemenyan dalam rumah itu. Faridah sekadar mendiamkan diri.
"Aku sedih Dah, tapi aku bersyukur, Jiman sudah selamat, kalau aku menutup mata saat ini pun aku tak takut lagi. Tak ada lagi orang nak menganiaya Jiman. Syukur aku banyak – banyak pada Tuhan Dah,"
Faridah mengesat air mata. Bacaan Yassin yang patutnya untuk Timah rupanya ke arah Jiman. Jiman tidak pulang- pulang setelah turun ke baruh. Pada Shidah, Timah minta jengukkan. Tapi kata Shidah, Jiman tiada. Hati tua Timah tidak sedap. Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena pada Jiman. Sampai malam, Jiman tak muncul juga. Malam itu orang kampung mencari Jiman. Seluruh tempat di rayau. Sawah, bendang, sungai sudah di cari. Tapi kelibat Jiman tidak mncul jua. Timah teringat pada perigi di baruh. Kuat dia malam itu. Hilang segala sakitnya mengenangkan Jiman. Pada Judin, Timah minta jengukkan sekali lagi di baruh. Cari biar sampai dalam perigi. Benci- benci Judin pada Jiman, kehendak Timah Judin turutkan juga, untuk menjaga hati tua. Sekali lagi mereka ke baruh. Kali ini kedalam perigi di suluh Judin, kalau tiada juga, hendak di ajak sahaja orang lain mencari Jiman esok pagi. Tapi apa yg kelihatan, kain lusuh Jiman terapung. Setelah di periksa, mayat Jiman ada di dalamnya. Jelas di kaki Jiman dua tanda patukan ular. Mungkin kerana tidak mampu mengawal keadaan, Jiman terjatuh ke dalam.
"Betul lah kata uztaz, setiap kejadian ada hikmahnya,” Timah bersuara lagi. Benar kata Timah, andainya yang mati itu Timah, bukan Jiman. Siapa yang akan jaga Jiman kelak? Setakat makan dan minum, masih tidak mengapa. Tapi Jiman perlu di jaga segala. Sehari dua mungkin. Kalau untuk selamanya, dia sendiri mengaku tidak sanggup.
"Dah, umur aku tidak lama, kalau aku mati nanti, kau ambik lah segala apa yang ada. Selama ini Jiman cukup sayangkan Shidah. Kau serahkan lah segala milik Jiman pada Shidah termasuk tanah ini. Jiman tak ada orang lain selain aku dan Shidah. Kau pun tau," Timah menyeka air matanya. Faridah sudah tidak mampu lagi. Fatimah di peluk erat. Marshidah sudah tiada esak lagi. Kehilangan Jiman amat di rasainya. Semoga Jiman bahagia di sana.
salina
4 Okt 2001