Tuesday, December 30, 2003
"SAYANG ADIK, ALONG"
Along, adik minta maaf, sebab adik, along kena pukul. Bukan adik sengaja koyakkan baju mak. Adik tersangkutkan pada paku di ampaian. Sepatutnya adik yang harus mengaku tapi adik takut. Along sendiri tahu, mak kalau marah, kalah singa betina. Membaham tak kenal mangsa. Adik dah serik kena pukul dulu. Tentu along ingat sebab along yang selamatkan adik dulu, sampaikan belakang along sendiri berbirat kena penyangkut baju mak hanya kerana adik tertumpahkan air di meja makan.
Tentu along masih ingat waktu mak baru tinggal bersama kita. Mak cukup baik. Mulutnya manis macam tembikai yang abah beli di pasar. Wajah mak cantik macam pelakon hindustan. Suara mak lembut lunak. Mendodoikan lagu lagu indah untuk kite sebelum tidur. Ibu pun tidak pernah begitu. Tapi itu dulu. Waktu itu segala- galanya cukup baik. Kucupan mak juga selalu singgah di dahi kita. Namun sekarang semuanya cuma kenangan. Tiada lagi senyuman di bibir mak. Tiada lagi suara lunak di kerongkong mak. Yang terbit hanya caci maki.
Dulu adik pernah menangis dengan sikap mak. Tapi along kata, mak penat. Tentu emak tak mahu di ganggu. Fikiran emak rungsing. Sikap mak tak kan lama begitu. Selesai masalah emak, emak akan jadi baik semula. Macam bidadari. Along kata, adik kena sabar sekejap. Tapi sekejap itu berapa lama? Seingat adik sudah hampir tiga tahun emak begitu. Belakang along sudah hampir lumat di rotan mak. Bukan along sahaja, kaki adik juga penuh parut. Adik malu dengan kawan- kawan. Mereka kata kaki adik macam kuda belang. Bejalur jalur. Kalau mereka tengok belakang along, agaknya apa yang mereka kata ya Along? Dah tentu bukan kuda belang sebab jalur along ada pangkah pangkah.
Apa kata mak, along ikut, tapi kenapa Along kena pukul juga? Kadang kadang waktu makanpun tangan mak sempat lagi menyinggah di telinga Along. Adik tak nampak salah Along, tapi kenapa di pukul juga. Adik pernah bawak pisau nak tikam mak macam cerita orang putih di televisyen, tapi Along kata orang gila sahaja yang buat macam itu. Along kata lagi, sebelum tikam mak, tikam along dulu. Mana boleh tikam Along, adik sayang Along. Kalau adik tikam Along, nanti Along masuk hospital, siapa yang akan jaga adik? Mak dah tentu tidak. Abah jauh sekali.
Kita sekarang macam tidak ada abah kan Along? Abah pun tak macam dulu lagi. Sudah jarang benar balik ke rumah. Pernah adik dengar mak kiah depan rumah kata abah dah kahwin satu lagi. Mak Kiah kata adik ada mak baru. Lagi lawa dari mak. Tentu dia lagi baik dari mak kan Along? Mak kiah kata abah kena ubat guna- guna. Itu sebab abah melekat di sana. Tak pandai balik ke rumah lagi.Tapi ubat guna-guna tu apa ya along? Adakah macam ubat pil yang doktor bagi bila adik sakit atau macam ubat yang mak makan setiap hari itu. Tapi kenapa mak tak bagi ubat tuh pada abah. Biar abah pun melekat kat rumah. Macam kata Mak Kiah.
Lupakan abah, lupakan mak, adik cuma mahukan Along.Adik cuma sayang Along. Adik mahu along sedar dari pengsan. Adik mahu ajak along lari dari sini. Pergilah kemana pun sebelum mak balik. Along, bangunlah. Kalau mak balik nanti, kita tak mungkin sempat lari. Along, cepatlah bangun, badan along berat, adik tak larat nak pikul. Along kena bangun, kita kena pergi dari sini. Kalau tidak, nanti mak pukul lagi. Adik sudah tidak larat menangis lagi. Along, bangunlah cepat,
"Ya Allah.. Fariz, kenapa di peluk batang pisang ni, kotor baju kamu",
"Tok wan, tolong adik tok wan, Along jatuh tadi, mak pukul dengan kayu, Tok wan tolong, adik takut,"
"Sudah tu Fariz, mari kita balik, Aki menunggu kamu,"
"Along tinggal sorang tok Wan. Nanti mak datang, pukul along lagi, tolonglah tok wan, adik tanak balik,"
"Itu bukan along kamu fariz, Along kamu sudah tak ada lagi, Along kamu sudah meninggal,itu batang pisang fariz,mari kita balik.
"Adik tanak balik, adik takkan tinggalkan along kat sini,"
Tok wan memeluk adik kejap. Adik meronta kuat minta di lepaskan. Tenaga tua tok wan tak mampu memegang tubuh adik yang mengkal. Pelukkan terlerai, adik menerpa batang pisang dan memeluk erat. Tok wan tidak mampu berbuat apa- apa. Tok aki cuma memandang penuh sayu. Adik takkan berhenti memeluk batang pisang itu kalau di suruh. Bayangan arwah Along tak mungkin luput dalam diri adik.
"Siah, aku janji Siah, selagi aku hidup takkan aku serah adik pada orang lain, biarpun Khatijah insaf selepas keluar dari penjara. Aku janji Siah, adik takkan aku biar pada orang lain," janji tokwan pada aki. Tubuh adik di dukung erat tok wan. Wajah adik letih lesu tertidur di batang pisang di dakap erat tok wan.
salina
29 Sept. 2001

Monday, December 29, 2003
"HAIKU PERASANKU"
ina yang cantik
muda belia lagi
anak mak limah
ina jelita
budaknya lawa gila
macam vanidah
hahahha.. :p :) di ulang.. hanya untuk perasan dan perasaan.. jgn jeles...

"HAIKU PERTAMAKU"
saya nak awak
cepatlah pulang sini
saya merindu
Baliklah cepat
saya sedang mengunggu
di dalam sendu
jadi tak? jadi tak haiku saya ni?? ohohoho..